Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya.
Beliau seorang doktor yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.
Dr Nur merupakan seorang Doktor, Usahawan & Content Creator yang suka berkongsi ILMU, MINAT, KISAH INSPIRASI dan POSITIVITI melalui sosial media.
Beliau sangat mengutamakan ilmu, pendidikan kesihatan dan juga teknologi.
Beliau berasal daripada keluarga yang sangat susah , anak seorang buruh kasar iaitu penebang kayu balak sahaja. Dengan pendapatan keluarga yang tidak cukup, mak yang asalnya seorang surirumah terpaksa berbisnes kecil-kecilan di depan rumah untuk menampung perbelanjaan sekolah adik-beradik. Namun, Dr Nur sangat mengingati pesanan ibunya;
“Hanya pendidikan mampu mengubah hidup kita” In Sha Allah..
Dr Nur belajar bersungguh-sungguh dengan niat ingin memberi keselesaan & kesenangan kepada orang tua.
ALHAMDULILLAH, rezeki Allah, beliau belajar sebaik mungkin hingga berjaya memperolehi Matrikulasi Gred CGPA 4.00 & sentiasa layak menerima BIASISWA untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan dan pembedahan di salah satu TOP UNIVERSITI di Malaysia iaitu Universiti Malaya.
Akhirnya, Dr Nur berjaya menjadi seorang doktor perubatan yang suka berkongsi ILMU & membantu lebih ramai orang.
Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya.
Beliau seorang doktor yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.
Beliau banyak belajar melalui pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang bertugas di pelbagai fasiliti kesihatan kerajaan selama 11 tahun. Beliau pernah bertugas di Hospital Pakar, Hospital Daerah/Tanpa Pakar, Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik 1 Malaysia dan juga pernah terlibat aktif dalam pengurusan klinik, pengurusan hospital (Timbalan Pengarah Hospital) serta Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 (Penyelaras Pejabat Kesihatan Daerah). Beliau juga pernah dianugerahkan “Anugerah Perkhidmatan Cemerlang” semasa masih bertugas di jabatan kerajaan.
Banyak dugaan & cabaran dihadapi tetapi dijadikan sebagai pengalaman & semangat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.




Dr Nur sangat mencintai ILMU sebab Ilmu mampu mengubah hidupnya. Dengan Izin Allah…
Beliau sangat meminati ilmu perniagaan, ilmu kesihatan seksual & wanita serta ilmu kesihatan kulit. Malah, beliau suka berkongsi ILMU dengan pesakitnya.
Namun, beban kerja yang tinggi dan kekangan masa konsultasi di fasiliti kerajaan menyebabkan beliau sukar untuk berkongsi lebih banyak ilmu kepada pesakitnya. Maka akhirnya dengan rezeki Allah & berkat doa orang tua, akhirnya Dr Nur berjaya menubuhkan klinik sendiri bersama rakan partner di Tawau, Sabah iaitu NUR MEDIKLINIK.
Nur Mediklinik adalah klinik perubatan swasta, klinik ibu, anak, wanita & keluarga yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita dengan teknologi perubatan terkini. Doktornya wanita & stafnya juga adalah wanita. Nur Mediklinik juga adalah klinik swasta di Tawau Sabah yang mempunyai banyak review positif.
Alhamdulillah, klien Nur Mediklinik telah melebihi 15,000 orang terdiri daripada wanita, warga emas, lelaki & kanak-kanak.









Dengan rezeki masa, akhirnya Dr Nur juga banyak berkongsi ilmu perubatan & kesihatan serta aktif sebagai Content Creator di Facebook, Youtube Channel & TikTok Dr Nur @drnurofficial.
Terkini, Dr Nur menyediakan servis pendidikan kesihatan percuma “Tanya Dr Nur”, khas untuk membantu lebih ramai orang mendapatkan info dan panduan kesihatan secara atas talian.
“Inilah perjalanan hidupku sebagai seorang doktor, usahawan & Content Creator.” – Dr Nur
Anda boleh walk in ke Nur Mediklinik atau boleh tempah temujanji bersama Dr Nur melalui panggilan telefon klinik.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan bagi diagnosis penyakit anda.
Rawatan susulan mungkin diperlukan jika melibatkan penyakit-penyakit tertentu.

Klinik yang terbaik,doktor dan staff yang mesra dan murah senyuman...”
Pn. norain

“Dr Nur melayan pesakit dgn lemah lembut...membuat pemeriksaan ke atas pesakit dgn terperinci...”
Pn.Zitta

“Layanan yang baik, mesra pelanggan, kerahsiaan pesakit terjaga dan perkhidmatan yang baik..”
Pn.Norliza
EXCELLENT Based on 10 reviews Posted on Google N STrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doktor dan staff semua friendly dan very good services. Puas hati.Posted on Google S ATrustindex verifies that the original source of the review is Google. Dr sngt competent, explanation mmg tiptop detail.Posted on Google A FTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Servis sangat baik ❤️Posted on Google A STrustindex verifies that the original source of the review is Google. all staff and doctor layanan yg sangat baikPosted on Google I NTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Good service, recommend!Posted on Google N JTrustindex verifies that the original source of the review is Google. - Suasana ruang menunggu yang selesa - Layanan Doktor & staff : 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 terbaik.Posted on Google F ETrustindex verifies that the original source of the review is Google. Service tiptop 🤍Posted on Google A TTrustindex verifies that the original source of the review is Google. doktor sangat friendly, lurvee🤍Posted on Google D ATrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doktor & staff semua terbaik, peramah & mesra 👍🏻👍🏻👍🏻Posted on Google B RTrustindex verifies that the original source of the review is Google. staff dan dr sangat profesional san mesra.Verified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
Soalan-soalan yang biasa ditanya.
Dr Nur adalah seorang doktor perubatan, berasal dari Tawau, Sabah, yang telah berkhidmat dalam bidang perubatan dan kesihatan hampir 20 Tahun. Beliau juga seorang usahawan dan juga Content Creator.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan bersama Dr Nur, boleh datang ke Nur Mediklinik Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Dr Nur TIDAK menyediakan perkhidmatan konsultasi doktor secara atas talian. Jika anda berada di sekitar Tawau, Sabah, bolehlah datang ke Nur Mediklinik, Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Namun, Terkini, Dr Nur menyediakan servis pendidikan kesihatan percuma “Tanya Dr Nur”, khas untuk membantu lebih ramai orang mendapatkan info dan panduan pendidikan kesihatan secara atas talian.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan rawatan kesihatan, boleh hubungi staff Dr Nur di Nur Mediklinik.
Namun begitu, tahun ini, Dr Nur beri buka ruang pertanyaan khas untuk rakan follower sosial media Dr Nur untuk bertanya satu soalan kesihatan secara percuma di sini: > Tanya Dr Nur
Dr Nur aktif berkongsi dan memberi ulasan atau review terhadap produk-produk yang beliau guna dan rasa bermanfaat di sosial media. Namun, buat masa ini, Dr Nur tidak menerima sebarang bayaran khidmat review yang tidak digunakan sendiri oleh Dr Nur.
![]()