Dr Nur merupakan seorang Doktor, Usahawan & Content Creator yang suka berkongsi ILMU, MINAT, KISAH INSPIRASI dan POSITIVITI melalui sosial media.
Beliau sangat mengutamakan ilmu, pendidikan kesihatan dan juga teknologi.
Beliau berasal daripada keluarga yang sangat susah , anak seorang buruh kasar iaitu penebang kayu balak sahaja. Dengan pendapatan keluarga yang tidak cukup, mak yang asalnya seorang surirumah terpaksa berbisnes kecil-kecilan di depan rumah untuk menampung perbelanjaan sekolah adik-beradik. Namun, Dr Nur sangat mengingati pesanan ibunya;
“Hanya pendidikan mampu mengubah hidup kita” In Sha Allah..
Dr Nur belajar bersungguh-sungguh dengan niat ingin memberi keselesaan & kesenangan kepada orang tua.
ALHAMDULILLAH, rezeki Allah, beliau belajar sebaik mungkin hingga sentiasa layak menerima BIASISWA untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan dan pembedahan di salah satu TOP UNIVERSITI di Malaysia iaitu Universiti Malaya.
Akhirnya, Dr Nur berjaya menjadi seorang doktor perubatan wanita yang suka berkongsi ILMU & membantu lebih ramai orang.
Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya.
Beliau seorang doktor yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.
Beliau banyak belajar melalui pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang bertugas di pelbagai fasiliti kesihatan kerajaan selama 11 tahun. Beliau pernah bertugas di Hospital Pakar, Hospital Daerah/Tanpa Pakar, Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik 1 Malaysia dan juga pernah terlibat aktif dalam pengurusan klinik, pengurusan hospital (Timbalan Pengarah Hospital) serta Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 (Penyelaras Pejabat Kesihatan Daerah).
Banyak dugaan & cabaran dihadapi tetapi dijadikan sebagai pengalaman & semangat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Dr Nur sangat mencintai ILMU sebab Ilmu mampu mengubah hidupnya. Dengan Izin Allah…
Beliau sangat meminati ilmu perniagaan, ilmu kesihatan wanita & ilmu kesihatan kulit. Malah, beliau suka berkongsi ILMU dengan pesakitnya.
Namun, beban kerja yang tinggi dan kekangan masa konsultasi di fasiliti kerajaan menyebabkan beliau sukar untuk berkongsi lebih banyak ilmu kepada pesakitnya. Maka akhirnya dengan rezeki Allah & berkat doa orang tua, akhirnya Dr Nur berjaya menubuhkan klinik sendiri bersama rakan partner di Tawau, Sabah iaitu NUR MEDIKLINIK.
Nur Mediklinik adalah klinik perubatan swasta yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita dengan teknologi perubatan terkini. Doktornya wanita & stafnya juga adalah wanita.
Alhamdulillah, klien Nur Mediklinik telah melebihi 10,000 orang terdiri daripada wanita, warga emas, lelaki & kanak-kanak.
Dengan rezeki masa, akhirnya Dr Nur juga banyak berkongsi ilmu perubatan & kesihatan serta aktif sebagai Content Creator di Facebook, Youtube Channel & TikTok Dr Nur @drnurofficial.
“Inilah perjalanan hidupku sebagai seorang doktor, usahawan & Content Creator.” – Dr Nur
Anda boleh walk in ke Nur Mediklinik atau boleh tempah temujanji bersama Dr Nur melalui panggilan telefon klinik.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan bagi diagnosis penyakit anda.
Rawatan susulan mungkin diperlukan jika melibatkan penyakit-penyakit tertentu.
Klinik yang terbaik,doktor dan staff yang mesra dan murah senyuman...”
Pn. norain
“Dr Nur melayan pesakit dgn lemah lembut...membuat pemeriksaan ke atas pesakit dgn terperinci...”
Pn.Zitta
“Layanan yang baik, mesra pelanggan, kerahsiaan pesakit terjaga dan perkhidmatan yang baik..”
Pn.Norliza
Soalan-soalan yang biasa ditanya.
Dr Nur adalah seorang doktor perubatan, berasal dari Tawau, Sabah, yang telah berkhidmat dalam bidang perubatan dan kesihatan lebih 15 Tahun. Beliau juga seorang usahawan dan juga Content Creator.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan, boleh berjumpa Dr Nur di Nur Mediklinik Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Buat masa ini, Dr Nur tidak menyediakan perkhidmatan konsultasi doktor secara atas talian. Jika anda berada di sekitar Tawau, Sabah, bolehlah datang ke Nur Mediklinik, Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Dr Nur tidak menyediakan perkhidmatan doktor peribadi buat masa ini. Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan rawatan kesihatan, boleh hubungi staff Dr Nur di Nur Mediklinik.
Dr Nur aktif berkongsi dan memberi ulasan atau review terhadap produk-produk yang beliau guna dan rasa bermanfaat di sosial media. Namun, buat masa ini, Dr Nur tidak menerima sebarang bayaran khidmat review yang tidak digunakan sendiri oleh Dr Nur.